Friday, March 5, 2010

KERANA ISTERI, SUAMI SAKIT JIWA?

Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adamuntuk menjadi penghibur setia Nabi Adam di dalam syurga. Siti Kadijah banyak membantu dalam menyuburkanjiwa dan memberi semangat kepada Rasulullah pada masaawal Islam mula disebarkan ke tengah masyarakat. Kewafatan Siti Khadijah dirasakan sebagai kehilanganbesar bagi baginda, sehinggakan tahun kewafatan Siti Khadijah dinamakan ‘tahun dukacita’. Demikian peranan isteri sebagai pemulih semangat suami. Bahkanisterilah satu-satunya tempat berhibur suami yang dihalalkan oleh Allah..

Lihatlah betapa bahagianya para sahabat dahulu kala;walaupun letih berjuang tetapi apabila balik ke rumah,isteri menyambut kepulangan mereka dengan senyum manis.

Pernah Sayidina Ali yang baru pulang dari medan pertempuran dan mengharungi padang pasir dengan segalakepayahan dan keletihan, terasa segar apabila kepulangannya disambut dengan senyuman oleh siti Fatimah. Walhal kalau dikaji sejarah kehidupan Sayidina Ali dan Siti Fatimah merekalah antara pasangan suami yang paling miskin. Siti Fatimah seringkali ditinggalkan berbulan-bulan oleh Sayidina Ali yang sering keluar berjuang. Biasanya dia ditinggalkan tanpa barang keperluan dapur yang mencukupi. Namun sedikit pun Siti Fatimah tidak merungut, apalagi untuk marahkan suaminya. Bahkan beliau berusaha sendiri menguruskan keperluan rumahtangganya. Namun anak kesayangan Rasulullah sawini, yang tebal iman di hatinya, masih mempu melemparkan senyuman manis menyambut kepulangan suaminya.

Para isteri-isteri mestilah memainkan peranan penting dalam pembentukan jiwa suami. Isteri yang terlalu banyak membuat masalah kepada suami akan menghalang tugas seharian suaminya. Bahkan ada kemingkinan suami mengalami sakit jiwa.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 72%daripada jumlah pesakit otak terdiri daripada kaum lelaki. Pakar-pakar perubatan, dalam kajian merekamendapati bahawa salah satu punca utama suami sakitjiwa ialah kerana isterinya terlalu mendesak suami menyediakan segala bentuk kemewahan walaupun di luarkemampuan suami. Kepulangan suami dari pejabat atau dari tempat kerja tidak disambut dengan layanan mesra, bahkan belum pun sempat suami meletakkan punggung diatelah diserang dengan pertanyaan demi pertanyaan. Selagi suami tidak menunaikan permintaannya, selagi itulah isteri akan mendesak si suami.

Menurut laporan dari Penasihat Persatuan Pesakit-pesakit Jiwa Pulau Pinang, kebanyakan lelaki yang sakit jiwa adalah mereka yang sering berhadapan dengan ragam isteri yang gilakan kemewahan. Tidak kurang juga yang menderita sakit jiwa kerana isteri tidak dapat menerima hakikat poligami (bagi yangberpoligami). Begitulah amat berkesannya jarum yang dicucuk oleh para isteri sehingga menyebabkan suami menderita.

Pada umumnya ada dua punca utama suami sakit jiwa.Pertama, kerana kelemahan suami itu sendiri dan Kedua,kerana ragam isteri.

Allah telah menetapkan lelaki (suami) sebagai pemimpin bagi kaum wanita. Sebagai pemimpin, dia berhak membuat keputusan dan wanita (isteri) mahu tidak mahu mesti mentaati keputusan itu walaupun bertentangan dengan kehendaknya. Sekiranya suami tegas mengikut kehendak syariat di samping berusaha mendidik isteri, insyaAllah tidak berlaku kes isteri mendesak-desakn suami, apatah lagi mengarah-arahkan suami mengikut kehendaknya.

Bagi pihak isteri pula, sekiranya dia mengetahui peranannya yang sebenar, maka tidak mungkin dia akan queen-control suaminya. Walaupun isteri mempunyai hakdalam rumahtangga tetapi hak tersebut ada batasnya.

Di antara hak yang wajib isteri laksanakan:

- Mentaati perintah suami (yang tidakbertentangan dengan syariat).
- Sentiasa malu terhadap suami danmenghormatkannya.
- Diam tatkala suami sedang bercakap.
- Merasa cukup dengan pemberian suami walaupunsedikit.
-Tidak meminta-minta sesuatu yang di luarkemampuan suami termasuk perhiasan atau perabot yang mahal-mahal.
- Sentiasa berhias tatkala berhadapan dengansuami.
- Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
- Menghormati keluarga suami dan kaumkerabatnya.
- Sentiasa melayan keinginan suami untukbergurau senda.

Demikianlah antara kewajipan isteri, Jika para isteridapat melaksanakannya, insyaAllah tidak timbul masalahyang menyusahkan suami. Sabarnya seorang isteri didunia akan Allah gantikan dengan ganjaran pahala dan balasan syurga di akhirat kelak.

Sekiranya isteri boleh berlebih kurang dengan haknya,kerana suami tidak mampu menyediakan segala keperluanrumahtangga, alangkah bahagianya kehidupan mereka.Isteri yang begini akan merasa cukup dengan pemberiansuaminya malah menghargai sungguh-sungguh segalapemberian suami. Sehingga dengan itu akan terasalah oleh suami, isterilah penghibur dan penyubur jiwa. Didunia lagi pasangan suami isteri yang begini telah merasai ‘syurga yang disegerakan’ sebelum menikmati syurga yang kekal abadi di akhirat kelak, insyaAllah.


Credit : mohamadrizal on June 15, 2009

No comments:

Post a Comment