Tuesday, March 2, 2010

6 Sikap Isteri Dibenci Suami

1. Mencabar Suami

Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami untuk mengalah. Merajuk bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sebagai isteri kita perlu batas tindakan yang dilakukan agar lelaki terasa diri mereka tercabar. Misalnya jika berlaku perselisihan faham dan isteri berkata " jika berani carilah perempuan lain", dan tidak mustahil lelaki boleh melakukannya kerana pantang dirinya jika dicabar. Jika hal ini berlaku, anda juga yang akan merasa menyesal atas keterlanjuran yang tidak disengajakan.
2. Tidak Menjaga Perilaku

Ada sesetengah isteri yang mempunyai sifat buruk dari zaman sebelum rumah tangga lagi terbawa-bawa sikap lamanya hingga ke alam rumah tangga. Misalnya bebas keluar bersama dengan lelaki lain tanpa menjaga batas pergaulan. Ini juga termasuklah tidak menjaga kata-kata dan sering mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan kasar. Isteri yang bermulut celupar sering membuat suami berjauh hati. Sebagai isteri, perlulah menjauhi sikap-sikap yang dibenci suami dan berubahlah jika tidak mahu anda dibenci oleh suami.
3 .Tidak Berpenampilan Menarik

Kita sering lihat isteri bila berada di rumah, dirinya berubah dimana tidak menjaga penampilan malah tidak ubah seperti orang tua jika dibandingkan dirinya di luar rumah. Mereka ini bergaya. Penampilan yang tidak menarik boleh membuatkan suami mudah merasa cepat bosan apatah lagi jika melihat perempuan lain yang jauh lebih cantik dan manis di pejabat. Jadi, tidak salah sekiranya isteri sentiasa kelihatan bergaya tidak kira samada berada di rumah atau di luar rumah.
4. Bersikap Cemburu

Sebenarnya sikap cemburu itu perlu ada dalam sesuatu hubungan. Kata orang cemburu itu tanda sayang. Tetapi, jangan terlalu cemburu buta sehingga menyebabkan suami merasa terkongkong dan rimas. Keadaan ini boleh membuat suami merasakan dirinya tidak boleh dipercayai, bosan dan boleh menyebabkan timbul rasa benci pada isteri.
5 .Terlalu Cerewet

Suami juga tidak begitu suka isteri yang terlalu cerewet ataupun yang mementingkan kelas tersendiri. Misalnya tidak suka makan di warung biasa sebaliknya mahukan tempat yang berhawa dingin. Kita sebenarnya perlu mengkaji kemampuan dan bajet sendiri tanpa mengikut kata hati. Jika mampu tidak ada masalah tetapi jika tidak janganlah bersikap cerewet kerana hanya merugikan diri sendiri.
6. Bersikap Sambil Lewa dan Cuai

Satu lagi sikap yang tidak digemari oleh suami ialah sikap sambil lewa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Misalnya dalam soal masa. Isteri lebih suka mengambil masa yang lama untuk bersiap-siap untuk pergi ke suatu majlis sedangkan suami sudah menunggu lama. Pantang bagi suami menunggu isteri yang bersikap sambil lewa serta cuai dalam menjaga perlakuannya dirinya.

Kepada mana² bini yg tersa dia tuh dah cukup gud² sangat tuh cermin laa diri dulu.... Cermin dulu diri sebelum menuding jari pd org lain... so jgn gud gud sangat!
Petikan dari Majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran bulan Disember 2009

No comments:

Post a Comment