Saturday, October 31, 2009

Jump Jump Jump










Xtvt dekat gym yg aku suke.. POWER JUMP!! very very fun... peluh pon banyak,,, penat!! balik rumah terus koma! :P

Wednesday, October 28, 2009

Kadang² Diam Itu Lebih Baik

Kepada yang banyak sangat bercakap, atau suka sangat bercakap, aku rasa eloklah baca artikel ni. Hehehehe.. kadang-kadang kita ni tidak sedar yang kita buat silap. Tidak sangka sebab 'banyak bercakap' pun boleh jugak buat kita masuk neraka. Awas! Ahaks. Tapi tengoklah 'bercakap' yang macam mana.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Tuesday, October 27, 2009

New Office







Sebenarnya i baru je nak update blog ni.. almaklumlah dah pindah blog... malas dah nak bukak blog yg lama tuh sbb banyak langau.. :p ni nak update sket pasal opis baru i ni... skarang dah pindah opis... same tempat lah manjalara... kat sini aku upload laa sket² gambar yg telah di ambil :) enjoy... kami pindah after raye tu ari,....






Hidupku Matiku Hanya Untuk Mu

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..masih bernyawa lagi...

Enjoy laa entry seterusnya.. :)