Friday, September 9, 2011

Buka Puasa & My Birthday 29/08/2011 @ Seoul Garden One Utama



Salam,

Nak update n3 bulan puasa :P lama nya baru ada masa nak update ;)

Wednesday, August 17, 2011

Setengah dah siap.... lagi setengah

Assalamualaikummm...

Dah berkurun x Update blog, sebab mood memblog dah x ada hihihi... ni tetiba terajin pulak sebab bosan x ada kerja...

Semalam, aku berbuka puasa kat Rawang.. jauh tu dari Damansara ke Rawang.. ada sikit jem kat toll Rawang..hujan pulak tu bukan suka² nak pergi Rawang ada kerja kat sana.. nak cari kasut baru tuk kete heheehe sejak aku beli kete, aku tak tukar lagi dia nye kasut, kebetulan boss bagi bonus then nak balik raya ni aku pon beli la kasut baru tuk kete aku, alang² tuka kasut tu aku tuka Rim dia skali.. total kos dalam RM1,030.00 ok lah.... nampak sikit duit bonus tu kat kete... lepas tukar tayar Rim semua aku pi bukak puasa kedai Seafood sebelah bengkel ni je... Tomyam dia x sedap pon.. tapi lapar kan makan jelah... lupa lak nak snap gambar hehehe .. x pe esok aku ambik gambar tampal kat blog ni ye... apa2 pon perot dah lapar baru jam 4.30pm... Selangor pulak cuti harini.. lagilah sunyi sebab MyB x kerja.... apa² pon GOOD LUCK for u.... :)

Sabtu ni nak pergi servis kereta pulakkk duit lagi.. banyak nak pakai dult raya2 ni.... xpelah janji selamat dalam perjalanan .. dah habis servis keta selesai laa segala urusan yg agak berat.. boleh la balik raya dengan senang dan tenang... :)


ok laa nanti jumpa lagi ye... :)

Tuesday, February 8, 2011

Rindu




RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

Friday, August 20, 2010

Memuliakan Ramadan, Menghormati Orang Puasa

Semua ini adalah bagian dari perintah agama Islam. Kewajiban yang harus dilaksanakan sebagai muslim. Kewajiban tentang itu sudah diatur dalam “ciri muslim”, sebagai kewajiban yang ketiga: “Puasa di bulan Ramadan”.

Memandangkan puasa adalah kewajiban, maka setiap muslim dikenakan kewajiban itu. Hanya orang-orang yang sakit, orang yang belum dewasa, yang tidak kena kewajiban itu. Mereka dikecualikan. Ada juga orang Islam yang diberikan keringan. Mereka boleh tidak berpuasa sekarang ini, namun menggantikan kewajiban itu di saat yang lain. Atau menggantikan kewajiban puasa dengan memberi makan orang miskin.

Kita berharap setiap orang menghormati orang yang berpuasa itu. Kita tidak makan dan minum di depan mereka. Kita perlu menghormati mereka karena kita tahu bahwa berpuasa itu berat. Orang harus menahan lapar dan haus padahal pemuas lapar dan dahaga ada di depan mereka. Orang harus menahan rasa dan emosi, padahal kadang kala kenyataan mendorong naiknya spaning.

Orang harus menahan lidah agar tidak mengeluarkan kata-kata yang kosong dan jelek. Orang juga harus menahan pandangan agar tidak melihat sesuatu yang bisa merusak iman. Padahal, di depan mereka banyak pemandangan yang indah-indah, yang seronok.

Kita seharusnya menghormati rasa dan mata orang yang puasa didorong oleh simpati kita. Didorong oleh perasaan kita, didorong oleh kebersamaan kita.

Mungkin kita tidak dapat merasakan bagaimana sukarnya menahan lapar, menahan pandangan, menahan rasa, tetapi setidaknya kita masih memiliki perasaan untuk menghargai orang lain, khususnya orang yang sedang puasa.

Thursday, June 24, 2010

Manis Di Mulut Busuk Di Hati

Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hat seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)

Kitab rujukan : 25 Tanda Hampirnya Hari Kiamat & Berita Alam Keabadian (Amir Al-Harith) terbitan Jasmin Enterprise.

Tuesday, June 22, 2010

Mengumpat buat perempuan ramai masuk Neraka?

DOSA MENGUMPAT …..(renungan utk semua..x kire llaki ke ppuan)

Dosa Umpat Kekal Jika Tak Diampun Mangsa :

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

• Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

• Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

• Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.