Sunday, February 14, 2010

Tetamu Yang Tidak Di Undang!...



BILA DIDATANGI TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG

Tetamu yang tidak diundang
Sudah menjadi kebiasaan kepada kita bahawa tetamu yang datang itu seharusnya dilayan dengan baik. Kadangkala layanan itu akan menyebabkan kita perlu meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada tetamu tersebut walaupun sedikit sebanyak mengganggu pengurusan masa peribadi kita.

Keadaan akan bertambah buruk sekiranya tetamu yang kita layan itu ialah tetamu yang tidak diundang!. Sudah tentu layanan yang diberikan itu sia-sia sahaja malah membuang masa tanpa mendapat sesuatu faedah.

Apakah yang dikatakan tetamu yang tidak diundang serta bagaimanakah cara mengelakkannya? Tetamu yang tidak diundang terdiri daripada manusia, persekitaran ataupun benda seperti huraian berikut:

• Rakan-rakan yang mengganggu ketenteraman. Jika rakan-rakan yang datang ke rumah maupun di tempat duduk anda tanpa sebarang tujuan malah mengganggu rancangan anda maka mereka ini tergolong dalam golongan tetamu yang tidak diundang. Oleh itu cubalah terangkan kepada mereka secara baik bahawa ketika itu anda mempunyai tugas yang lebih penting dan memerlukan keadaan yang tenteram tanpa diganggu.

• Penerimaan serta panggilan telefon atau pesanan ringkas yang tidak penting. Penerimaan serta panggilan telefon atau pesanan ringkas yang tidak penting juga tergolong dalam golongan ini. Anda seharusnya tidak menyalah gunakan kemudah seperti ini. Alar-alat elektronik seperti telefon ini penting tetapi bukanlah ianya dijadikan alat komunikasi untuk tujuan berantai. Oleh itu matikan telefon anda ketika waktu belajar. Anda bukan sahaja menjimatkan waktu malah menjimatkan wang.

• Video game, e-mel serta permainan elektronik. Walaupun ada diantara anda mengatakan permainan elektronik seperti ini mampu mengurangkan tekanan tetapi jika ia dilakukan berlebihan akan mencuri masa anda yang tidak ternilai itu. Oleh yang demikian gunakanlah alatan yang canggih ini dengan bijak tanpa mengganggu masa anda.

Sesungguhnya jika tetamu yang tidak diundang ini dilayan tanpa ada satu sekatan maka lambat laun diri anda sendiri akan terperangkap dan akan menjadi sebahagian daripada golongan ini. Hindarkan diri anda daripada terperangkap, disiplinkan diri dengan bijak dan teruskan kehidupan dengan tenteram tanpa gangguan

No comments:

Post a Comment